Tarikh : 6 Januari 2012
Hari : Rabu
Tempat : SKPK Seremban
Turut diadakan majlis penyerahan bunga kepada Puan Kamariah, bekas GPK1 SKPK Seremban
yang akan berpindah ke sekolah baru.
kepada semua murid.
Tarikh : 6 Januari 2012
Hari : Rabu
Tempat : SKPK Seremban
HARI : JUMAAT
TARIKH : 18 NOVEMBER 2011
TEMPAT : BILIK GURU, SKPK SEREMBAN
PERKARA : MAJLIS INI DIADAKAN ADALAH UNTUK MERAIKAN DUA ORANG GURU YANG AKAN BERTUKAR SEKOLAH MULAI TAHUN 2012. PN KAMARIAH, GPK 1 AKAN BERTUKAR KE KUANTAN, PAHANG MANAKALA EN. WAN MUHD SUHAIMI AKAN BERTUKAR KE SEKOLAH DI KUALA LUMPUR.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Adik Chew Lee Yan kerana berjaya mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan UPSR tahun 2011. Adik Chew Lee Yan membanggakan sekolah apabila berjaya mendapat 1A 4C dalam keputusan UPSR yang lepas.
Adik Chew Lee Yan merupakan murid bermasalah pendengaran dan berumur 14 tahun. Beliau sangat tekun belajar dan rajin menyiapkan kerja rumah dan kerja sekolah yang guru berikan. Usaha beliau membuahkan hasil apabila memperolehi keputusan lulus semua matapelajaran dan yang paling membanggakan apabila berjaya mendapat A bagi matapelajaran Matematik dan C bagi matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains.
Di atas kejayaan ini, PIBG sekolah yang dipengerusikan oleh Dr Pushpa, berbesar hati menghadiahkan sebuah basikal kepada adik Chew Lee Yan sebagai tanda dorongan dan galakan kepada beliau bagi meneruskan dan meningkatkan semangat belajar dan menempa kejayaan pada masa akan datang.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru - guru yang telah bertungkus lumus menyumbangkan masa dan tenaga demi memastikan kejayaan murid - murid sekolah walaupun mereka ini berkeperluan khas. Tidak lupa juga kepada PIBG yang sudi menyumbangkan sebuah basikal yang banyak memberi inspirasi kepada kejayaan murid - murid SKPk Seremban.