UPSR COUNTDOWN

Lagu Sekolah


Posted by Sk.Pend.Khas Seremban on 11:23 AM


Adik Amirudin bin Abdullah
Murid CP tahap 2



Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Adik Amirudin bin Abdullah kerana berjaya mendapat tempat ke 2 dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Kedah bermula dari 22-25 Jun 2009. Adik Amiruddin mendapat tempat kedua dalam kategori Hafazan Sekolah Rendah Bermasalah Penglihatan dan mendapat saguhati dalam pertandingan Azan Junior Bermasalah Penglihatan. Ini adalah merupakan pencapaian terbaik Adik Amirudin sejak mula menyertai MTAQ dari tahun 2005.

Pihak sekolah juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta lain yang mewakili SKPK Seremban dan kontijen N.Sembilan. Walau tidak berjaya mendapat tempat pertama, pihak sekolah bangga dan kagum dengan usaha mereka.Tahniah dan Usaha lagi!

1 comments:

malaysia said...

Terima kasih. Kejayaan ini adalah kejayaan untuk semua. Terima kasih kepada guru-guru,ustaz serta ustazah yang telah banyak membantu saya.Semoga saya akan berjaya lebih cemerlang di masa akan datang.InsyaAllah..... doakan....
drpd: Amiruddin SKPK Seremban

Search